BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 20, 2009

penghargaan

salam..

skrg sy tgh tgu video from TV3 abis downlod..then blh upload dlm blog..hihi..

dah lama tak update blog..lately sy betul2 bz..owh..thanx kepada sesiapa yg sudi menziarah blog sy & ada pujian2 sket..blog sy ni kalo ikut kan takde la informative sgt..more to share my experienced je..and mana yg ada info penting utk sy share..sy rasa patut sy hebahkan..tak baik simpan ilmu utk sorg..rugi..

i never talk about my work before in this blog. but today i wanna share with u all what i'm doing rite now..bukan utk berbangga dgn apa yg sy ada & lakukan skrg ni (bangga2 sgt kang takut tak lepas viva pulak nnt..uishh..jgn!!) tp sekadar utk berkongsi supaya masyarakat di luar sana TAHU/ RETI/ FAHAM/SEDAR tentang kebaikan teknologi nuklear. Yelah..bila kita sebut pasal nuklear..semua gerun..semua akan tanya tak bahaya ke?? soalan yg sama sy ajukan pd supervisor sy Dr. M. Iqbal Saripan masa mula2 sy dgr psl bnd nih..setiap yg buruk ada kebaikan..n vice versa..Sy buat penyelidikan berkaitan pengesanan awal sel kanser payudara dgn meggunakan pengkolimat jaringan..biasa sebut dlm english..jd janggal pulak bunyi perkataan ni (early on breast cancer detection by using wire mesh collimator)..teknik yg digunakan disini adalah menggunakan radiotracer atau nucklear agent disuntik dlm badan & kemudian bhgn tertentu pd bdn akan di scan menggunakan mesin pengimbas khas (Spect Machine yg ada di hospital2..) Radiotracer tersebut tidak berbahaya & tidak meninggalkan kesan sampingan (radiasi) pd pesakit. Sejam selepas pesakit disuntik..bahan tersebut akan keluar dpd bdn..

ermm..sy tak boleh cerita byk sgt sbb projek ni masih dlm peringkat kajian & penyelidikan..tapi anda semua boleh baca 2 keratan akhbar di bawah ni..

UPM temui kaedah terkini mengesan kanser

KUALA LUMPUR 20 Mei - Sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menemui kaedah terbaru mengesan kanser lebih awal menggunakan pengimejan nuklear.

Dengan penambahbaikan terhadap salah satu perkakas yang dinamakan 'pengkolimat' dalam alat pengimejan itu, sel kanser kini mampu dikesan pada peringkat satu milimeter.

Penemuan para penyelidik diketuai pensyarah Fakulti Kejuruteraan UPM, Dr. M. Iqbal Saripan itu mengatasi alat pengimejan konvensional yang hanya mengesan sel kanser pada peringkat 10 milimeter.

M. Iqbal berkata, kejayaan kajian itu akan membolehkan sel kanser dikesan lebih awal sebelum ia merebak dan sukar dirawat.

Menurutnya, pengkolimat baru ini diberi nama Pengkolimat Jaringan Wayar dan ia dihasilkan melalui kajian selama tujuh tahun.

"Kajian itu dilakukan menggunakan kaedah simulasi jitu Monte Carlo bagi menggantikan pengkolimat sedia ada kepada pengkolimat yang lebih baik hasilnya bagi menangani kanser.

"Pengimejan nuklear suatu yang baru di negara ini berbanding di Eropah dan Amerika Syarikat yang telah menggunakannya sedekad lalu," katanya di sini hari ini.

Menurut M. Iqbal, kajian itu telah memenangi Pingat Emas dan Ucapan Khas Tahniah Juri di Geneva 2008, Anugerah Pengerusi dan Emas Agensi Nuklear Malaysia dan Perak dalam Ekspo Teknologi Malaysia.

Katanya, kajian itu dilakukan bersama beberapa penyelidik bersekutu dari Imperial College London, University of Surrey, United Kingdom dan Lawrence Berkey National Laboratory, Amerika Syarikat yang bertindak sebagai penasihat.

Tambahnya, dua penyelidik tempatan yang turut sama dalam penyelidikan itu ialah Wira Hidayat Mohd. Saad dan Ros Emirda Roslan yang merupakan pelajar lepasan ijazah di UPM.

(ni dari akhbar utusan..nama sy ada silap tu..suppose Ros Ernida Roslan..tp jd cmtu pulak)


UPM temui kaedah kesan kanser peringkat awal

Oleh Nor Azma Laila
norazma@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Universiti Putra Malaysia (UPM) menemui kaedah yang pertama di dunia bagi mengesan sel kanser peringkat awal menggunakan pengimejan nuklear yang dikenali Pengkolimat Jaringan Wayar.

Ia dipasang pada perkakasan pengimejan nuklear yang dikenali sebagai mesin Spect bagi meningkatkan sensitiviti mesin berkenaan mengesan sel kanser lebih awal dan dalam saiz yang lebih kecil iaitu satu milimeter (ml).

Pensyarah dan Ketua Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Sistem Terbenam dan Kecerdikan Buatan Fakulti Kejuruteraan UPM, Dr M Iqbal Saripan, berkata penambah baik dicapai dengan mengubah satu struktur dalam perkakasan pengimejan nuklear yang dinamakan pengkolimat.

“Mesin Spect ada dua komponen utama iaitu pengesan dan pengkolimat. Pengkolimat diubah suai supaya ia boleh meningkatkan sensitiviti mesin untuk mengesan aktiviti sel luar biasa lebih awal dan dalam saiz yang lebih kecil..

“Pengkolimat ini dicipta dalam bentuk jaringan wayar, sekali gus membolehkan lebih banyak sel dikesan berbanding pengkolimat sedia ada yang berbentuk blok segi empat sama dan tidak membuka banyak ruang kepada mesin Spect untuk kesan sel kanser,” katanya pada sidang media mengenai hasil kajian itu, di sini semalam.

Beliau berkata, berbanding pengkolimat sedia ada yang hanya boleh mengesan sel kanser sebesar 10ml, pengkolimat baru mempunyai banyak kelebihan dan tidak memberi kesan radiasi kepada pesakit.

Komponen baru yang didatangkan dalam dua saiz itu lebih ringan iaitu masing-masing 39.5 dan 51.2 kilogram (kg) berbanding pengkolimat sedia ada seberat 100 kg, sekali gus mudah dikendalikan.

Walaupun boleh meningkatkan sensitiviti kepada mesin pengimbas untuk kesan sel kanser pada saiz yang lebih kecil, ia tidak memberikan kesan sampingan kepada pesakit kerana prosedur yang dilalui sama seperti prosedur ketika menggunakan pengkolimat sedia ada.

“Hospital yang ingin menggunakan pengkolimat ini juga tidak perlu membeli mesin Spect baru yang bernilai jutaan ringgit, sebaliknya hanya perlu tukar pengkolimat,” katanya.

Iqbal yang sudah menjalankan kajian sejak tujuh lalu, berkata UPM sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat pengeluar mesin Spect dari China dan United Kingdom yang berminat dengan pengkolimat itu untuk diguna pakai pada produk mereka.

“Komponen berkenaan belum diuji secara klinikal, sebaliknya diuji ke atas sel kanser kerana masih menunggu pengkolimat dipatenkan di luar negara,” katanya.

Pengkolimat yang difailkan untuk dipatenkan di negara ini pada Julai 2008 memenangi beberapa anugerah, antaranya Pingat Emas dan Ucapan Khas Tahniah Juri Geneva 2008 serta Anugerah Pengerusi dan Emas Agensi Nuklear Malaysia sempena Ekspo Teknologi Malaysia. “Sebaik dipatenkan, kita akan jual produk ini kepada pengeluar yang berminat dan mereka akan pasang pada mesin Spect keluaran syarikat mereka. Selepas satu atau dua tahun, barulah ujian klinikal dijangka boleh dilakukan,” katanya. Beliau berkata, tiada syarikat Malaysia yang mengeluarkan mesin Spect dan rundingan serta penjualan produk berharga RM30,000 itu lebih banyak dilakukan dengan syarikat asing antaranya dari Amerika Syarikat, United Kingdom, eropah dan China.

“Bagaimanapun, ada beberapa hospital menggunakan mesin Spect ini dan mereka boleh beli untuk digunakan pada mesin sedia ada tetapi kosnya bergantung kepada pengeluar yang menjual produk itu,” katanya.

(ni dari akhbar Berita Harian..nama sy dan wira takde tp berita ni lg detail sket dpd Utusan..)

Sebelum keluar paper..kua Buletin Utama TV3 20 May 2009...tp kua berita tu Dr. Iqbal sorg je

td nk upload video tp lambat giler..nk tgk msuk www.tv3.com.my click kat Buletin Utama.. cari video 20 May 2009..video yg ketiga..mmg muka Dr. Iqbal..kepada ex student CCSE UPM..kalo rindu kt Dr. Iqbal..tgk ler..haha..


nota tapak tgn: zillion thanx to Dr. M. Iqbal Saripan yg byk supervised sy (of coz la nama pon supervisor) Dr. byk membantu sy & jgk kpd student master yg telah convert to PhD..Wira Hidayat..lab mate sy..n partner utk project ni..Wira yg byk tlg..tanpa Wira n Dr..byk yg sy xtau n blur..hihi..

2 comments:

drbalqis said...

waa,bangga,bangga..hehe.kak,cpatla upload video.tu,hehe,nak tgk gak.hehe,masuk surat kabar tuu.hee

Muhammad Amin said...

Tak sangka akak terlibat juga dalam penyelidikan ini.
Tahniah, teruskan perjuangan akak demi agama,bangsa dan negara.
Selepas ini, kenalah bagitahu Tun Che Det kepentigan nuklear.
http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/05/nuclear-power.html