BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 20, 2009

Rejab, Julai & Tragedy...

salam...

lama betul rasa tak update blog...terlalu byk sebab & peristiwa yg berlaku dlm bulan Rejab atau Julai ni membuatkan aku terpaksa mengabaikan blog...

hari ni 27 Rejab...alhamdulillah..sampai ke saat & detik ni..aku masih berpuasa..insyaallah..mudah-mudahan puasa ku akan lengkap sehingga waktu berbuka puasa..

Ermm...bulan Rejab adalah bulan yg memang aku tunggu-tunggu setiap tahun..memang itu bulan yang Allah janjikan dgn pelbagai ganjaran serta limpahan rahmat-Nya..selain Rejab, Syaaban & tentunya kunjungan Ramadhan adalah bulan yg sering ku nanti setiap tahun..dan kegembiraan tanda kemenangan umat Islam menghabiskan "pertempuran" di bulan Ramadhan tentunya akan diraikan pada Syawal..

Setiap tahun..aku menjanjikan pada diriku sendiri untuk menjadi yang terbaik dari tahun-tahun sebelumnya..tapi kadang-kala janji itu sering kali "termungkir" tanpa kita sedari..Aku sering berniat menjadikan bulan Rejab (Start dari Matrik) sebagai bulan untuk aku menambah pahala (selain Ramadhan)...tp kadang-kala aku terlupa akan niat suci itu..bukan pahala yang ditambah sebaliknya dosa yang dah bertimbun-timbun (uhukk..ckp mcm budak yg baik je..)..

Macam-macam hal/ tragedi/ peristiwa dan apa-apa sahajalah perkara yang seangkatan dengannya la yg berlaku dlm bulan Julai ni...

Antaranya:-

1- Aku secara rasminya menjadi Felo Kolej Sebelas, UPM

2- Secara rasminya aku berpindah keluar dari bilik 719 dan terus berpindah masuk ke Flat 10 (byk kenangan kt bilik tu..T_T)

3- Baby yang dikandung berusia 8 bulan dlm perut wife kazen aku meninggal dunia..& hanya dapat dikeluarkan dari perut 8 hari selepas itu (aku bersimpati..kandungan yang pertama dia gugur & yg kedua pula meninggal dunia..semoga mereka tabah mengahdapi dugaan ini)

4- Angah aku "accident" dalam bilik air kat rumah dia di Benta, Lipis, Pahang. Akibat hendak memeriksa tangki air dlm bilik air, dia terjatuh dari kerusi yang digunakan utk memanjat (tapi belum sempat panjat lagi, ia dah terjatuh). Sebelum dia jatuh terus ke lantai, angah sempat menampung lengan kanannya pada sinki seramik yg ada kat dlm bilik air tu..akibat "overload", sinki tu terus pecah dan jatuh. Tangan angah "dikoyakkan" oleh sinki.. Beberapa urat & sarafnya telah putus..Darah memancut2 tanpa henti dalam bilik air, seluruh rumah, tangga, koridor & juga kereta kawan dia..Hospital Lipis tak boleh buat operation sebab tiada pakar saraf & bius..so angah dikejarkan ke HKL pada 12 tgh malam. So me, alang & Ila yang menunggu Angah dari Lipis di HKL & sign surat kebenaran operation..Alhamdulillah sekarang dh bo;eh balik rumah..cuma kena menjalani fisioterapi..

5- Pakcik saudaraku yang telah lama menduda kahwin lagi..(aku doakan semoga dia bahagia dengan perkahwinan baru ini)

6- Anak saudaraku (bukan anak buah)...iaitu cucu pakcik yg baru kahwin itu meninggal dunia dalam keadaan yang sangat tragis. Sehari selepas pakcik berkahwin, kami dikejutkan dengan berita duka tersebut. Nisya yang baru berusia 3 tahun meninggal dunia di Hospital Seremban setelah dilanggar kereta. Arwah Nisya masa tu berkelakuan ganjil sebab arwah tak nak didukung atau dipegang seperti kebiasaannya ketika dia keluar membeli belah bersama keluarga. Tiba-tiba arwah berlari ke arah pintu keluar..dan terus dilanggar kereta. Setelah dilanggar, pemandu tersebut mungkin panic & "mereversed" pulak kereta tu...ermmm...

7- Angah menghadapi pelbagai masalah dengan ejen syarikat insurans untuk nak claimed medical card...(carik ejen yang bagus lain kali..ejen tau nk makan duit je..dh makan duit..bila org susah..lagi menyusahkan org..adoii..tension aku!!!)

8- ................................................

semoga aku tabah mengaharungi hari-hari mendatang...

Tuesday, June 23, 2009

tak bertajuk

tiada tempat mengadu..harus pada siapa aku mengadu?

hanya Yang Hakiki sahaja tahu apa yang diadukan

pernahkah engkau menjadi orang yang tersepit?

terkapai-kapai meminta tolong...

sedikit pun tidak diendahkan

masing-masing mempunyai keegoan untuk dipertahankanAlign Center

pernahkah engkau fikir betapa sakitnya orang yang tersepit itu?

meminta hanya sedikit belas ihsan

tiada yang mengendahkan

malah dihalau lagi adalah!!

dengarlah dengan mata hati yang mendalam

bukan dengan telinga yang tuli

dengarlah dengan hati yang ikhlas

bukan dengan telinga yang panas

tiada siapa yang pernah meminta untuk disepit sebegitu sekali

itu adalah rencah kehidupan yang biasa dilalui

supaya dia lebih matang sebelum ke peringkatnya..

perempuan itu sangat tidak stabil emosinya

kadang gembira kadang duka

kadang marah kadang suka

selalu bercelaru fikirannya

jadi sudah tahu kenapa kuasa talak HANYA dimiliki oleh lelaki sahaja??



p/s: sgt tidak kreatif ok!! =p

Rejab bulan Allah



FADHILAT BULAN REJAB


aku sgt malas utk menulis ..jd aku copy & paste entry ni dari blog Mustakim..(^_^)v

Bulan Rejab datang, pergi dan kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud taazim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya. Antara amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa.

1. Sabda Nabi S.A.W : Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab niscaya Allah memuliakan dengan 1000 kemuliaan di hari Qiamat.

2. Sabda Nabi S.A.W. : Bulan Rejab bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku dan Bulan Ramadhan bulan ummatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Syaaban dengan malam Nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul Qodarnya.

4. Malam awal Rejab mustajab doanya (kitab Raudhoh Imam Nawawi).

5. Puasa sehari pada bulan Rejab dijadikan Allah baginya dua sayap, Akan membawanya terbang di atas Sirotmustaqim di hari Qiamat. (Al-Hadis).

6. Puasa sehari dalam bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga. (Al-Hadis).

7. Puasa Sehari pada bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipat gandakan pahalanya. (Al-Hadis).

8. Puasa tiga hari pada Bulan Rejab dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke neraka yang panjangnya setahun perjalanan. (Al-Hadis).

9. Puasa empat hari pada Bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajjal di hari Qiamat. (Al-Hadis).

10. Puasa lima hari pada bulan Rejab, Allah SWT akan amankannya daripada azab kubur. (Al-Hadis)

11. Puasa enam hari pada bulan Rejab, ia keluar daripada kubur dengan bercahaya mukanya. (Al-Hadis)

12. Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya tujuh pintu neraka. (Al-Hadis)

13. Puasa lapan hari pada Bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu Syurga. (Al-Hadis)

14. Puasa sembilan hari pada Bulan Rejab, keluar daripada kuburnya lalu menyeru lailahaillallah dan tidak ditolak dia masuk ke dalam syurga. (Al-Hadis)

15. Puasa sepuluh hari pada Bulan Rejab, Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu. (Al-Hadis)

16. Kelebihan Bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Al-Quran atas segala Qalam. (Al-Hadis)

17. Puasa pada awal Rejab, pertengahan dan akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya. (Al-Hadis).

18. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan Ibadah seumur hidupnya.
Maka akan berseru dari langit :
Gembiralah kamu dengan kemuliaan yang besar dan diminumkan dia ketika hendak mati. Mati ia dengan puasa, masuk kubur ia dengan puasa, keluar kubur dengan puasa, dan masuk syurga dengan puasa dan masuklah syurga dengan sepuas-puasnya. ia terlepas dari azab kubur yakni yang berpuasa disiang hari dan beribadah pada malamnya. (Al-Hadis)

19. Bulan Rejab (Bulan Allah) diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah S.W.T.
Puasa bulan Rejab wajib baginya :
- Diampunkan dosanya yang lalu
- Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
- Terlepas dari dahaga di hari Qiamat.

20. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah sedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. (Al-Hadis).

21. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma pada jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dan dihapuskan seribu kejahatan.
(Al-Hadis)

22. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka, kerana kemuliaan bulan Rejab, bulan Allah. (Al-Hadis).

23. Apabila engkau mengkehendaki suatu ketenangan waktu mati, dan meninggalkan dunia ini beserta Iman dan selamat dari godaan syaitan, maka hormatilah bulan –bulan ini semua (Rejab,Syakban dan Ramadhan) dengan memperbanyakkan puasa dan menyesali terhadap dosa-dosa lalu, ingatlah kepada pencipta alam ini, maka kamu akan masuk syurga dengan selamat. (Hadis)

24. Dari Anas bin Malik r.u. berkata: " Aku bertemu dengan Muadz bin Jabbar r.a. Maka aku bertanya kepadanya : Dari mana engkau datang wahai Muadz? Ia menjawab "Aku dari tempat Rasulullah s.a.w. "Apa yang engkau dapat daripadanya?" Tanya Anas. "Aku mendengar bahawa barangsiapa yang mengucapkan LAILAHAILLALLAH, Maka ia akan meninggalkan dunia ini dengan Ikhlas masuklah ia kedalam syurga, Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Rejab, kerana mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. maka masuk ia akan syurga". Maka aku terus ke rumah Rasulullah s.a.w. dan bertanya: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya Muadz bercerita begini-begini kepadaku". Maka Rasulullah s.a.w. menjawab benar apa yang dikatakan oleh Muadz.
(Zuhratur Riyad)

25. Abu Qilabah r.u berkata , ‘Di dalam syurga terdapat sebuah istana yang disediakan khusus bagi orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab.”

Rasulullah saw. Bersabda “ Di dalam bulan Rejab ada satu hari dan satu malam yang mana barangsiapa berpuasa pada hari itu dan sholat malam pada malam itu, maka ia bagaikan berpuasa seratus tahun dan sholat malam seratus tahun lamanya. Hari itu ialah 3 hari terakhir.


Diantara amalan-amalan yang sangat baik dianjurkan ketika berada dalam bulan Rejab:
- Banyakkan puasa sunat.jika mampu,

- Perbanyakkan Solat-solat sunat yang mengiringi solat fardhu (rawatib).
- Solat sunat Dhuha, sunat tasbih, sunat tahajjud, sunat hajat, sunat witir dan sebagainya, buat menampung amalan fardhu
- Banyakkan masa dengan membaca Al-Quran.
- Banyakkan berzikir dengan bertasbih bertahmid, bertakbir dan bertahlil beberapa ratus kali. Jika tak mampu lakukan beberapa kali termampu pada sebilangan waktu. Waktu terbaik ketika hampir subuh selepas subuh dan ketika hampir masuk waktu berbuka puasa.
- Berselawat keatas Nabi S.A.W. sebanyaknya
- Beristighfarlah mohon keampunan diatas dosa-dosa yang lalu. Paling utama bacalah Istighfar Rejab setiap hari (sila rujuk dalam kitab-kitab doa atau melalui tuan-tuan guru mengenainya)
- Berdoalah memohon sebanyak-banyaknya dalam solat, didalam sujud dan selepas solat beberapa lama tanpa berasa jemu meminta.


Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:

1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Thursday, June 18, 2009

Realize

Take time to realize,
That your warmth is
Crashing down on in.
Take time to realize,
That I am on your side
Didn't I, Didn't I tell you.

But I can't spell it out for you,
No it's never gonna be that simple
No I cant spell it out for you

If you just realize what I just realized,
Then we'd be perfect for each other
and will never find another
Just realized what I just realized
we'd never have to wonder if
we missed out on each other now.

Take time to realize
Oh-oh I'm on your side
didn't I, didn't I tell you.
Take time to realize
This all can pass you by
Didn't I tell you

But I can't spell it out for you,
no it's never gonna be that simple
no I can't spell it out for you.

If you just realized what I just realized
then we'd be perfect for each other
then we'd never find another
Just realized what I just realized
we'd never have to wonder if
we missed out on each other now.

It's not always the same
no it's never the same
if you don't feel it too.
If you meet me half way
If you would meet me half way.
It could be the same for you.
If you just realize what I just realized
then we'd be perfect for each other
then we'd never find another
Just realize what I just realized
we'd never have to wonder
Just realize what I just realized

If you just realize what I just realized


missed out on each other now
missed out on each other now

Realize, realize
realize, realize

Wednesday, June 17, 2009

aku tak merepek!!


i don't want to be hypocrite .

enough.

okay fullstop .

it's mine too


the sad face...

and the heavy rain ..

i couldn't stop the heavy rain to fall down

i couldn't make the sad face to smile

coz i don't have a power to change the fate...

do not ever blaming the fate

or the person that you trusted most

it was a test

for a selected people

that is what we call it as KEHIDUPAN


corat-coret: hidup tidak selalunya indah..keindahan itu tidak selalunya manis..manis itu tidak selalunya madu. kesabaran & keteguhan iman itu adalah kunci kepada setiap "keindahan" yang pelbagai itu. sungguh!! saya sayang kamu semua!!


Friday, June 12, 2009

Adusss..nantilah

dalam tengah-tengah nak review paper work tadi, tangan tiba-tiba gatal nak tukar layout blog la

pulak walaupon tau risk apa yang aku bakal hadapi nanti

nah..inilah bahananya..habis kesemua gadjet, blog list, calendar aku semua hilang..

terasa masa untuk nak letak balik benda alah tu semua semakin singkat..ecececeeh..tah pape..

kesimpulannya..aku MALAS nak buat sekarang

apa yang aku cuba nak cakap kat sini ialah: KAWAN-KAWAN..AKU MINTAK MAAF

TERDELETE LINK KAMU SEMUA..NNT AKU LETAK BALIK YER..SEKARANG INI TENGAH

BANYAK KERJA LAH..YE?? TERIMA KASIH..SAYANG KAMU!
!

Good luck to AutomatPro!!

AutomatPro Sdn. Bhd is in the finale listing applying for the grant provided by government, MDec & other investors those interested with our product SalvoPro!!

Due to the reviewer by the comittee (MDec,
government & investors)..we need to attend the evaluation committee meeting & off course need to present the finalise paper work & answering the Q&A on 15th June 2009!!

GOOD LUCK all!!


Big boss @ Primary of the company; Managing Director-En. Hanafi



The secondary - new position- Marketing. Before was Financial Manager but then reject because she's going to buy her dream car with the money!! haha..



Iman Avazpour; the Technical Manager


The Financial Manager - Syed Mahathir (sorry no picture of u here because u take over my post!!..haha..kidding..seriously i dun have his pict)

corat-coret: baru terhegeh2 nk review paper work!!

Wednesday, June 10, 2009

cite hantu y g penah aku dgr..

korg mesti ada penah dgr byk cite hantu & seram kan?? begitu jugak aku..tak tau la betul atau tak kewujudan makhluk2 tu sume tp aku saja nk share cerita yg penah aku dgr tu...n mugnkin jgk korg penah dgr..

cerita 1: wolkwagen kuning

rasanya cerita ni ramai yg tau..org ckp wolkswagen kuning ni salu muncul tgh2 mlm kt karak..& 1 lg kt terowong changkat jering kot..tk igt nama tp kt PErak..mmg terowong tu wajib lalu kalo nk utara. dgr cerita..wolkswagen tu milik kpd pengantin yg baru berkawen & eksiden..mati kt situ jugak. wolkswagen tu dipandu dgn laju & suka nk bakar2 pemandu lain utk race ngn kete tu..so sape yg cepat panas hati..ramai yg jadi korban..ramai yg eksiden & mati sbb terus masuk gaung..korg pernah dgr tak kisah ni?? tp kesahihan wallahualam..jgn tny aku..nauzubillah..selisih malaikat 44..jauhi lah dpd diriku & org2 tersyg.

ada org wat lawak..bila ko jln je..tiba2 ada volkswagen kuning..pastu dh lepas..jln dpn lg..jmp lg..jln dpn lg..jmp lagi..mak ai..cuak giler..pesal cepat giler?? toleh2 blakang..tgk2 ada konvoi volkswagen kuning..=)


cerita 2: perempuan berkebaya merah

cerita ni aku baru2 dgr..dorg ckp dh heboh klua paper tp aku xtau la pulak betul ke tak..kt Kedah..kalo tak silap perempuan tu akan tahan kereta mintak tumpang..perempuan tu cantik..dh byk kali dgr..tp xtau la betul ke x..kalo betul mmg ada..maka berhati2 la kalo lalu situ..jgn terlalu mengikut nafsu bila melihat wanita cantik..baca doa menaiki kenderaan sebelum memulakan perjalanan..

cerita 3: makcik jual karipap

cite ni sgt femes time matrik..tp aku xtau kesahihan nya..aku rasa gi la mana2 matrik pon..sume ade cite yg sama..mula2 mber aku kt mtrik K Pilah cite..bila malam je..akan ada makcik yg dtg ketuk tingkap jual karipap..sbb zaman matrik kan sume rajin stay up!! yg mnjd mslhnye..mkcik tu ketuk tingkap yg berada di tingkat atas juga..makcik tu superman ke blh terbang? cmne die berjalan?? jalan ke? sedangkan bila bukak je tingkap terus nmpk tanah or jalan kt bawah..mane de laluan..pastu cite ni kt Matrik aku pon aku penah dgr..matrik Perak pon ade..weh..makcik ni yg sama ke? superwoman ke makcik ni?? kt Matrik aku jgk ada 1 lg pertambahan cite seakan2 sama tp kisah pak guard naik moto..mlm2..tegur budak yg tgh stdy meja kt tepi tingkap..tingkat 5 lak tu...??? cmne tu?? sahih?? tak tau...dgr2 cite je nih..sape yg ada pengalaman sndr blh la kongsi

cerita 4: nenek atas locker

cerita sgt seram & meninggalkan kesan yg mendalam kt aku..aku tak mngalami..alhamdulillah tp sbb bila org cerita aku takut la..rasa cm ada je..selama setahun aku kt Matrik membuatkan aku tk pernah berani utk tidur mlm..member2 aku cita..byk kt skolah2 berasrama..aku bkn skolah SBP or MRSM dulu..or mana2 skolah yg berasrama la..duk umah je..cite dia cmni..bila tgh2 mlm je..kalo kite tdo pastu ttb tersedar kan..nnt ttb ada suara dr atas locker tegur (pesal ttb meremang bulu roma aku nih?? aihh).yeyy..cucu nenek dh bgn..pastu kalo kita wat2 nk pejam mata..pastu nenek tu ckp..nenek tau cucu nenek dh bgn...wahhh seram giler..aku disebabkan cerita tu...bila aku tersedar je tgh mlm..terus lari katil Mai..tumpang tdo kt sebelah..Mai mmg tau dah psl tuh..hihi..sbbnye nnt aku takleh nk tdo balik..seram..sebelah katil aku kosong..bilik kt MAtrik tu besar..mcm2 bnd yg aku pikirkan..dah la gelap..xleh psg lampu kecik..huhu..setiap kali nk tdo..aku akn make sure aku org yg pertama tdo dlm bilik tu..or aku rela stay up bersama2 smpai kul 4 pg..br tido..hehe..rumet aku sume dh biasa duk asrama..aku je yg tak...sbb tu penakut tu lebih..

cerita 5: perempuan pakai purdah naik kancil merah

igt tak time kite skolah2 dlu..sgt femes cite ni smpai kua berita TV3..aku igt lg..gmbr dpn tunjuk kancil merah..tp pas tu terus lenyap..tu bkn la cita hantu tp dikatakan pompuan tu memakai susuk tp telah melanggar pantang dgn melihat cermin. akibatnya..dia menjadi terlalu hodoh smp kena pakai purdah..solution utk mslh tu..pompuan tu kna minum darah 40 org gadis sunti kalo aku tak silap (sapa2 igt n tau cite tu bgtau la kalo aku silap)..sbb tu time tu heboh ank2 gadis hilang kna culik pastu tak jumpa2..tp skrg ni tak tau apa jd ngn pompuan tu kn??

cerita 6: ......

byk lg cite tp aku ttb blank pulak...haha..

corat-coret: jauhkan la aku, ahli keluargaku, org tersayang & juga rakan2 ku dr gangguan iblis, syaitan laknatullah serta sihir..AMIN..amalan Nabi S.A.W utk melindungi kita dr gangguan tersebut.:

setiap kali selepas solat subuh..lunjurkan kaki menghadap ke kiblat..tadah tapak tangan & bacalah:

1- surah al-Fatihah
2- surah al-Ikhlas
3- surah an-Nas
4- surah al-Falaq

kemudian hembus ke tapak tgn..genggam tgn seketika & usaplah tapak tgn tersebut keseluruhan muka & badan diakhiri hingga ke hujung kaki smbil menghembuskan nafas..

amalkan juga amalan ni sebelum tidur..semoga ALLAH sentiasa melindungi kita dr gangguan tersebut ketika tidur, bgn tidur, siang & malam...

1 lg..amalkan membaca bacaan ayt Kursi sbyk 3x sesudah solat 5 waktu yg kita kerjakan..kalo nk murah rezeki amalkan bacaan ayat seribu dinar selepas baca ayt kursi tu..insyaAllah..mudah-mudahan kita berada dlm lindungan Allah sentiasa & sentiasa mendapat keberkatan-Nya..Amin..

Tuesday, June 9, 2009

beradab or beradat part 2..

aku telah mula mengaktifkan diri kembali memblogging..iyah..iyah..

jgn slh faham entry aku yg sebelum2 ni yer..lom smp time lg tuh..it juz a talk..borak2 kosong jer..zero talk..haha

apa yg korg paham bnd tuh?? aku rasa nk wat entry after aku gi mngantar kazen aku (pihak laki) gi bertandang umah pompuan..jd tukang bwk antaran..mmg muka aku ngn adik aku salu bwk2 antaran ni..adehh..sbb ank dara zaman skrg nih dah tak reti adab.. nk dtg kenduri kawen sedara mara sndri..bkn shj ank dara..termasuklah mak dara yg dah berkawen & dah ada ank 3 4 org..hai..takkan dah kawen lgsg tak nk tlg dtg kenduri kawen org kot??? yg bwk antaran aritu muka2 makcik je pastu aku ngn adik aku je la 2 org gadis sunti yg membwknyer..jgn begitu..tidak baik yer.. walopon korg dh kawin..patut jugak dtg..sedara mara sndr tuh..

aku cuba utk memendekkan entry..tp kita tgk..mampu kah aku?? har har har..

aku rasa ade terlalu byk kegilaan yg berlaku time kazen aku kawen kali nih..serius..aku bkn nk mengutuk..tp setelah di post mortem..maka terjawab la knp kegilaan tersebut terlalu byk berlaku..anda pikirkan la slh siapa yer nnt...

kegilaan :

1. pengantin lelaki di biarkan terkontang kanting seorg diri tanpa ditemani oleh ahli keluarga & sedara mara time upacara berinai mlm after akad nikah..pastu tido sorg2 diri kt umah "berangguh" yg tak dikenali sape2 pon ahli2 dlm rumah tu.. femili suma balik camtu je tinggalkan pengantin laki sorg2..

2. pengantin laki takde pengapit utk nk di apit & sepit..smpai mak pengantin call mak aku suh abg aku dtg jd pengapit..sgt gile sbb abg aku ketika tu berada di luar N9..iaitu di Pahang..br je seminggu kna tukar tmpat keje..giler apa suh balik?? kelam kelibut aku tgk~~

3. kami (pihak lelaki) dtg ke rumah pengantin perempuan keesokkn harinya utk majlis kenduri tanpa disambut oleh tuan rmh..ekceli aku smp now pn tk kenal sape femili pengantin tu..hntaran yg kami bwk..kami sndr yg crk pintu msk umah pngntin & bkk kasut smbil letak antaran kt bwh jap (pakai sndal zap on..kne guna tgn utk bukak)..pastu msk umh pngntin letak sndr antaran kt dpm pintu blk je..xtau mna nk letak sbb takde org pedulikkan ktrg!!

4. kami tak disuruh makan atau duduk..jd kami berdiri je la pndg org2 sekeliling..mslhnya mmg xde org layan ktrg..cmne tu??last2 ngn muka tak malu ktrg nih..sbb dh lapa sgt..ktrg pon crk la tmpt duduk..cedok nasik dlm pinggan..lauk pauk...pastu ngapp..kebetulan time tu bapak pengantin pon dah hampir nk siap mkn dh..sorg2 lak tu..???????

5. ni plg tak leh diterima akal..tgh2 mkn nih...tiba2 tuan rumah (bkn la tuan rumah tp bdk2 yg wat keje tu la)..kemas2 meja & susun kerusi tmpt ktrg duk mkn tuh!!! time tu lom pukul 3 pon lagi...aduhai..korg nk menghalau ke wey!! tu biadap namanyer!!! yg mnjd hairan..still tuan rumah tak menghalang or bercakap pape..ktrg tak knl sape tn rumah

6. balik dgn tgn kosong...bkn la nk mghrapkan souvenir grand2..kalo dpt bunga telor pon ok jgk la kan..ni bkn stakat tgn ksg..tn rumah sndr pon tak bersalam ngn ktrg nih!! mmg tak kenal nih..hellooo...cam tak sudi je ngn prkahwinan ni..buat la cara baik..tetamu dtg ptt dihormati..

post-mortem:


1. kenduri ni kt Felda Palong..jauh nan adoo..so tak ramai yg dtg utk nk mgantar sbb time akad nikah tu rite after asar & ari jumaat pula..masing2 bekerja..tk dpt nk attend..so biarlah femili yg terdekat ngn rumah je attend..rumah pakngah aku ni jauh dpd umh aku..ssh utk ktrg ulang alik memandangkan keesokkn harinya msih ada kenduri lg ditempat yg sama..so ktrg decide utk dtg esokknya tlg bwk hantaran skali..

2. ramai yg berkecik hati ngn pakcik aku nih..sbb adik beradik dia sndr (mak aku, maklong, pakcik, mklang..sedara mara) tak dijemput dgn cara yg baik..mksudnya..pkcik aku ni..tak dtg rumah pon bgtau..bwk kad..cerita nk wat apa..sume ckp tru fon je..& itu pon bkn dia yg talipon tp mklong aku ni yg talipon bertanya.."bilo eh ank ko nk menikah ni?", " bilo eh akad nikah eh ni?", " sapo yg nk ikut mngantar ni?"....sungguh aku pun baru tau kazen aku ni nk kawen 2 ari lg dia nk kawen!!..segala2nya tak clear..so sbb tu la jd kelam kelibut..pastu pkcik aku ni siap berjanji nk amik mklong aku kt umah dia (1 laluan je nk ke umah pgntin pompuan)..mklong aku dh bersiap2..smpai ke sudah..tak dtg2 dia singgah amik mklong ku nih..sape yg tak kecik ati???

3. Akad nikah betul2 pas Asar..pastu nk buat pulak mlm berinai pas isya' (org N9 ni ada mlm berinai..tp bg aku tak perlu la susah diri utk buat..tu utk aku la..org lain ikut suka korg la)..korg dh tau tmpt tu jauh..akad nikah la pas maghrib..pastu tgu isya' jap wat la mlm berinai..takde la org naik bosan menunggu dr asar smp isya'..sbb tu la sume org balik rumah sbb tak larat menunggu..so tgl la pngntin laki sorg2 time tu..takdo sapo nk mengengkoh eh..(jaga)..mana penah kes pngntin laki tgl sorg2 cmtu..pastu dh la pas mlm berinai tu pngntin ni takleh tdo sama lg..(dah sah n halal..tu pon tak blh..tak paham betul..=p)..so kua la pngntin laki sorg diri dr rumah tu gi umah kt dpn tu..yg tak kenal sape org tu utk tumpang bermalam..gilaaa..buat malu betul!!

4. Kedua2 belah pihak baik laki maupun pompuan ni bkn 1st time dorg terima n mnyambut menantu..so dh ada experienced b4..tp i dunno why this such thing still happen?? Perlukah aku salah mereka yg biadap sbb tak tau adab atau sbb tak mngikut adat yg telah ditetapkn???

corat-coret: bg aku adab comes first then baru adat..tanpa adab org tak kan tau apa tu adat..adab hormat tetamu, adab hormat org tua, adab bercakap, then baru wujudnya adat..dlm Islam pn dh ditekan kn tentang adab ni..org yg tak beradab tu la baru dikatakan org tu biadap!! Jgn slhkn org lain kalo org ckp kita biadap..sbb sememangnya kita tak pernah jaga adab