salam...
lama betul rasa tak update blog...terlalu byk sebab & peristiwa yg berlaku dlm bulan Rejab atau Julai ni membuatkan aku terpaksa mengabaikan blog...
hari ni 27 Rejab...alhamdulillah..sampai ke saat & detik ni..aku masih berpuasa..insyaallah..mudah-mudahan puasa ku akan lengkap sehingga waktu berbuka puasa..
Ermm...bulan Rejab adalah bulan yg memang aku tunggu-tunggu setiap tahun..memang itu bulan yang Allah janjikan dgn pelbagai ganjaran serta limpahan rahmat-Nya..selain Rejab, Syaaban & tentunya kunjungan Ramadhan adalah bulan yg sering ku nanti setiap tahun..dan kegembiraan tanda kemenangan umat Islam menghabiskan "pertempuran" di bulan Ramadhan tentunya akan diraikan pada Syawal..
Setiap tahun..aku menjanjikan pada diriku sendiri untuk menjadi yang terbaik dari tahun-tahun sebelumnya..tapi kadang-kala janji itu sering kali "termungkir" tanpa kita sedari..Aku sering berniat menjadikan bulan Rejab (Start dari Matrik) sebagai bulan untuk aku menambah pahala (selain Ramadhan)...tp kadang-kala aku terlupa akan niat suci itu..bukan pahala yang ditambah sebaliknya dosa yang dah bertimbun-timbun (uhukk..ckp mcm budak yg baik je..)..
Macam-macam hal/ tragedi/ peristiwa dan apa-apa sahajalah perkara yang seangkatan dengannya la yg berlaku dlm bulan Julai ni...
Antaranya:-
1- Aku secara rasminya menjadi Felo Kolej Sebelas, UPM
2- Secara rasminya aku berpindah keluar dari bilik 719 dan terus berpindah masuk ke Flat 10 (byk kenangan kt bilik tu..T_T)
3- Baby yang dikandung berusia 8 bulan dlm perut wife kazen aku meninggal dunia..& hanya dapat dikeluarkan dari perut 8 hari selepas itu (aku bersimpati..kandungan yang pertama dia gugur & yg kedua pula meninggal dunia..semoga mereka tabah mengahdapi dugaan ini)
4- Angah aku "accident" dalam bilik air kat rumah dia di Benta, Lipis, Pahang. Akibat hendak memeriksa tangki air dlm bilik air, dia terjatuh dari kerusi yang digunakan utk memanjat (tapi belum sempat panjat lagi, ia dah terjatuh). Sebelum dia jatuh terus ke lantai, angah sempat menampung lengan kanannya pada sinki seramik yg ada kat dlm bilik air tu..akibat "overload", sinki tu terus pecah dan jatuh. Tangan angah "dikoyakkan" oleh sinki.. Beberapa urat & sarafnya telah putus..Darah memancut2 tanpa henti dalam bilik air, seluruh rumah, tangga, koridor & juga kereta kawan dia..Hospital Lipis tak boleh buat operation sebab tiada pakar saraf & bius..so angah dikejarkan ke HKL pada 12 tgh malam. So me, alang & Ila yang menunggu Angah dari Lipis di HKL & sign surat kebenaran operation..Alhamdulillah sekarang dh bo;eh balik rumah..cuma kena menjalani fisioterapi..
5- Pakcik saudaraku yang telah lama menduda kahwin lagi..(aku doakan semoga dia bahagia dengan perkahwinan baru ini)
6- Anak saudaraku (bukan anak buah)...iaitu cucu pakcik yg baru kahwin itu meninggal dunia dalam keadaan yang sangat tragis. Sehari selepas pakcik berkahwin, kami dikejutkan dengan berita duka tersebut. Nisya yang baru berusia 3 tahun meninggal dunia di Hospital Seremban setelah dilanggar kereta. Arwah Nisya masa tu berkelakuan ganjil sebab arwah tak nak didukung atau dipegang seperti kebiasaannya ketika dia keluar membeli belah bersama keluarga. Tiba-tiba arwah berlari ke arah pintu keluar..dan terus dilanggar kereta. Setelah dilanggar, pemandu tersebut mungkin panic & "mereversed" pulak kereta tu...ermmm...
7- Angah menghadapi pelbagai masalah dengan ejen syarikat insurans untuk nak claimed medical card...(carik ejen yang bagus lain kali..ejen tau nk makan duit je..dh makan duit..bila org susah..lagi menyusahkan org..adoii..tension aku!!!)
8- ................................................
semoga aku tabah mengaharungi hari-hari mendatang...
Ibu ku..Akbal Hanam Binti Talip
5 years ago